Rekod Baru - Penghantaran Cuma 1 hari sahaja!

 


 Pada 21 Februari 2023 saya terkejut bila pelanggan kata oven dah sampai. Saya cuba recall balik bila yang saya hantar. Nak kira lebih 2 minggu atau tak. Rupanya oven dihantar pada 20 Februari 2023 iaitu semalam. 

Disebalik kisah cepat sampai ni adalah kisah derita yang saya lalui bersama ini. Puan Umi memilih untuk menggunakan khidmat Sea Freight, iaitu lebih murah tapi ambil masa hampir 4 minggu. Sepatutnya tiba sebelum Puasa. Saya faham, setiap orang ada baget tersendiri.

Sekitar jam 10 pagi, saya ke Pos Laju dahulu, staff kat sana minta saya keluarkan oven tu untuk timbang dan ukur. Bila ukur, mereka kata terlalu besar dan kalau volume matric pun terlalu berat. Tak dapat, Walaupun guna Sea Freight ada minimum berat? Pos Laju minta saya ke Pejabat Pos sahaja.

Ok, angkat oven, bawa masuk kereta, terus ke Pejabat Pos. Rupanya karenah yang sama. Oven terlalu besar dan melebihi berat minima. Saya katakan, saya pernah hantar di Pejabat Pos di Bau, dan dah sampai pun. Staff Pos Malaysia tetap mengatakan ini undang-undang baru. Kalau Pos Malaysia cuma terima 20kg ke bawah. Baik tak payah pos barang.

Saya terus ke syarikat kurier yang lebih mahal. Iaitu Air Freight. Saya redha saja. Saya pun tak nak memaksa Puan Umi untuk buat bayaran tambahan dahulu. Saya terus hantar dan bayar. Sebenarnya lebih RM130 daripada kos anggaran Sea Freight. 

Saya hanya minta tambahan RM100 dan Puan Umi boleh buat bayaran bila-bila masa bila puan ada baget. Tak perlu segera. Tapi Puan Umi memudahkan urusan dan terus buat bayaran.

Rezeki Puan Umi dan berkat doanya. Oven sampai keesokkan harinya.

 

 

Comments