Oven Kek Lapis Ni Tak Besar!

 

 
Jangan bimbang kalau korang ada kereta kecil saja. Sebabnya oven ni taklah besar sangat. Sebuah Axia boleh memuatkan 2 buah Oven Saiz Besar. Semasa PKP, oleh kerana terjejas dengan pendapatan yang tak stabil, saya terpaksa menjual Hilux saya. Ini kerana, tiada keperluan untuk saya teruskan perniagaan oven ini. Kemudia, saya dapatkan kenderaan yang lebih kecil untuk kegunaan harian.
 
Mana sangka, rupanya kenderaan kecil ini juga dapat membantu saya untuk meneruskan kembali perniagaan oven saya. 2 buah oven dapat dimuatkan dalam satu masa. Walaupun saya terpaksa berulang alik hampir 130 km sekiranya tempahan lebih daripada dua oven. Saya sanggup, bagi saya gunakan saja apa yang kita ada. 
 
Oven ini cuma agak lebar saja tapi tak berat. Cuma, bila saya dah packing tebal-tebal. Hanya sebuah saja muat. Oleh itu, saya akan berulang-ulang dari rumah ke tempat kurier untuk pos kepada pelanggan.

Comments