Tahun 2023 Permulaan Baharu

 

Sejak Covid-19 melanda dunia. Saya antara yang terjejas ini kerana perniagaan Oven Kek Lapis ini terpaksa dihentikan kerana tiada stok yang dapat dibawa masuk. Ada pun yang dibawa, adalah terlalu mahal dan melibatkan terlalu orang.

Namun, setelah masuk tahun 2023, keadaan di sempadan sudah hampir stabil. Walaupun tak sepenuhnya, tapi telah menunjukkan peralihan yang lebih baik. Oven Kek Lapis dapat dibawa masuk walaupun dengan sedikit peningkatan kos. Tapi tidaklah terlalu mahal dan stok lebih mudah ditambah sekiranya perlu.

Cabaran tahun 2023 pula ialah mencari syarikat kurier yang boleh menghantar oven yang bersaiz Panjang 83 cm, Lebar 70 cm dan Tinggi 50 cm. Hanya berat sekitar 20 kg. Jika dikira volume matriks, kos mencecah sehingga RM400 untuk sebuah oven.

Setelah pencarian demi pecarian, akhirnya saya temui syarikat kurier yang tak begitu ketat dalam penghantaran melalui udara. Kiraan hanya mengikut berat. Walaupun agak tinggi dari sebelum ini iaitu RM11/kg, tapi lebih baik kerana masih boleh diserap sedikit.

Terima kasih atas sokongan anda, kerana memilih saya sebagai pembekal Oven Kek Lapis anda.

Comments